Wujud Jundallah Jundallah

Rencana utama: Israk Mikraj

Menurut kisah Islam, ketika Nabi Muhammad sedang melihat-lihat suasana alam Langit Pertama (ar-Rafii'ah), dikatakan bahawa baginda telah melihat susuk tubuh Malaikat yang sangat besar dan tegap sekali ukurannya, Malaikat itu sedang menunggangi kuda yang berasal dari cahaya dan berbusana cahaya. Malaikat yang besar itu dikelilingi oleh 70 ribu Malaikat yang berbusanakan berbagai busana dan perhiasan, masing-masing dari mereka memegang tombak yang diperbuat dari cahaya dan mereka itulah yang disebut sebagai Jundallah (Tentera Allah).